Wednesday, 12 August 2015

Pengenalan CEC


 Cec Education centre atau dikenali sebagai  Cec Kids telah diasaskn oleh Rahmah Binti Mhd Noor  pada tahun 2009,Penubuhan syarikat ini adalah atas matlamat dan dasar sedar diri, sejajar dengan seruan kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan sektor swasta dan pendidikan prasekolah swasta yang berkualiti  serta meninggikan lagi tahap perkembangan pendidikan prasekolah dan daya saing yang sihat di kalangan pengusaha pendidikan awal kanak-kanak.


Untuk mencapai matlamat tersebut, pihak kami mempunyai tenaga kerja yang mahir dan separuh mahir serta berpengalaman di dalam mengendalikan kanak-kanak dalam apa jua lingkungan umur yang di berikan.  Kami juga sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri di dalam perlaksanaan pembelajaran di samping menjaga kualiti dan mendapatkan kursus yang sesuai dan efektif , tadika yang dibawah syarikat CEC KIDS ialah Tadika Ceria Intan Perdana , Pusat Jagaan Kanak-Kanak Ceria Intan perdana ,Tadika Ceria dedikasi.Cawangan ini telah dibuka di port dickson negeri sembilan dan Seri Kembangan kuala lumpur.

Tadika Ceria Intan perdana merupakan sebuah Prasekolah Swasta di bawah satu pengurusan syarikat yang berdaftar  iaitu CEC Education Centre atau dikenali sebagai CeC Kids,Syarikat ini di miliki sepenuhnya oleh bumiputra dan tadika ini telah menjadi tadika cemerlang di port dickson

Cec Kids berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada murid-murid.  Melalui prinsip ini, murid-murid diberi ruang dan peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masaalah, serta belajar mengikut kadar kemampuan sendiri melalui kaitan yang relevan dengan pengalaman sedia ada ,Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan yang wujud antara individu.

Akhir sekali , Anak-anak adalah amanah daripada Allah untuk kita jaga dan didik sebaik mungkin.  Mereka aset yang sangat berharga dan akan di Tanya oleh Allah kelak atas apa yang telah kita lakukan terhadap mereka