Wednesday, 25 November 2015

Pengenalan Tadika Ceria Dedikasi


     Tadika Ceria Dedikasi  merupakan sebuah Prasekolah Swasta di bawah satu pengurusan syarikat yang berdaftar  iaitu CEC Education Centre.  Syarikat ini lebih di kenali sebagai CECkids di kalangan Ibu bapa kanak-kanak yang berdaftar di Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini.  Syarikat ini di miliki sepenuhnya oleh bumiputra, di mana pertubuhannya adalah untuk menyertai bidang pendidikan awal kanak-kanak 

   Pihak kami mempunyai tenaga kerja yang mahir dan separuh mahir serta berpengalaman di dalam mengendalikan kanak-kanak dalam apa jua lingkungan umur yang di berikan.  Kami juga sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri di dalam perlaksanaan pembelajaran di samping menjaga kualiti dan mendapatkan kursus yang sesuai dan efektif.

  Pengasas/Pengetua mula mengambil pendekatan menyeluruh untuk memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak iaitu lengkap dengan pendidikan Agama Islam iaitu Asas Fardhu Ain dan pendedahan dalam bahasa inggeris.  Selain daripada itu pengalaman pemilik tadika juga dalam menghadiri pelbagai kursus dan pembelajaran yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak juga menitik beratkan unsur-unsur kreatif  dan permainan luar yang boleh membuka minda kanak-kanak dan ibu bapa agar berminat menghantar anak mereka ke Tadika ini.

   Penerapan nilai-nilai murni dalam menghargai perpaduan kaum juga sentiasa di titik beratkan.  Kanak-kanak yang berbilang bangsa juga sesuai di tempatkan di tadika ini, melalui pendidikan moral dan ketatasusilaan.  Kanak-kanak sentiasa di ajar agar saling menghargai sesama manusia dan bergaul baik sesama rakan sebaya. 

  Akhir sekali,Penubuhan Tadika Ceria Dedikasi ini amat baik dan tepat kerana Tadika ini di asaskan daripada pemilik yang berpengalaman hampir 15 tahun  dan menubuhkan Syarikat sendiri yang telah melebihi 5 tahun dengan memperlihatkan kualiti hasil pembelajaran yang seimbang
 

Tuesday, 24 November 2015

Perkhidmatan yang disediakan oleh Cec Education Centre

1.      SENI KREATIF
Pembelajaran Seni Kreatif ini menekankan pembelajaran dengan menghargai alam sekitar.   Pelajar di dedahkan dengan penggunaan semula bahan-bahan terbuang yang di bawa daripada rumah dan di ubah serta di hasilkan dengan idea kreatif kanak-kanak melalui pendedahan melakukan sendiri atau mencuba sendiri untuk menukar bahan yang terbuang kepada bahan yang menarik dan berguna.  Kanak-kanak akan dibekalkan dengan “BUKU MESEJ KREATIF” seminggu sebelum projek di jalankan

1.      TAEKWONDO
Pembelajaran seni Taekwondo di dedahkan dengan dilatih oleh jurulatih yang terlatih dan berpengalaman selain berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Sukan Negara dan berlesen.  Latihan ini dapat memberi keyakinan berkomunikasi dan berhadapan dengan segala risiko dengan baik

1.      MENGAJI IQRA’ , AL-QURAN DAN HAFAZAN
Pembelajaran hafazan ayat-ayat lazim dan pengenalan dalam bacaan Iqra’ dan Al-Quran di jalankan sebanyak 3 kali dalam seminggu.  Melalui jadual kelas yang telah di rancang, proses hafazan , pembelajran Iqra’ dan Al-Quran ini di lakukan selama 30 minit setiap sessi pembelajaran serta di jalankan secara individu di dalam  kelas.

2.      ASAS FARDHU AIN
Pembelajaran Asas Fardhu Ain meliputi pembelajaran sirah ,jawi, akhlak, adab dalam pergaulan dan  ibadah.  Proses pembelajaran ini di lakukan secara amali dan teori di dalam kelas.  Bahan pembelajaran seperti sejadah dan pakaian solat juga di sediakan agar murid lebih  memahami proses pembelajaran agar lebih berkesan


Pengenalan Tadika Ceria Intan Perdana (port dickson)


      Tadika Ceria Intan Perdana merupakan sebuah prasekolah swasta di bawah satu pengurusan syarikat yang berdaftar iaitu Cec Education Centre atau di kenali sebagai CEC KIDS,syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra,penubuhan tadika ini banyak mengambil kira daripada pengalaman dan pemerhatian yang di lakukan oleh pemilik tadika ini sendiri.  Pemerhatian yang dilihat adalah persekitaran penduduk yang lebih gemar kepada pendidikan berteraskan bahasa inggeris dan pendidikan yang berteraskan pengetahuan agama islam.  Kebanyakkan penduduk di persekitaran yang inginkan agar anak mereka belajar agama islam dan bacaan mengaji Iqra’ dan Al-Quran.

     Oleh yang demikian pemilik mula mengambil pendekatan menyeluruh untuk memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak iaitu lengkap dengan pendidikan Agama Islam iaitu Asas Fardhu Ain dan pendedahan dalam bahasa inggeris.  Selain daripada itu pengalaman pemilik tadika juga dalam menghadiri pelbagai kursus dan pembelajaran yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak juga menitik beratkan unsur-unsur kreatif  dan permainan luar yang boleh membuka minda kanak-kanak dan ibu bapa agar berminat menghantar anak mereka ke Tadika ini.

    Penerapan nilai-nilai murni dalam menghargai perpaduan kaum juga sentiasa di titik beratkan.  Kanak-kanak yang berbilang bangsa juga sesuai di tempatkan di tadika ini, melalui pendidikan moral dan ketatasusilaan.  Kanak-kanak sentiasa di ajar agar saling menghargai sesama manusia dan bergaul baik sesama rakan sebaya
  
     Pembelajaran seni Taekwondo di dedahkan dengan dilatih oleh jurulatih yang terlatih dan berpengalaman selain berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Sukan Negara dan berlesen.  Latihan ini dapat memberi keyakinan berkomunikasi dan berhadapan dengan segala risiko dengan baik

     Pembelajaran Seni Kreatif ini menekankan pembelajaran dengan menghargai alam sekitar.   Pelajar di dedahkan dengan penggunaan semula bahan-bahan terbuang yang di bawa daripada rumah dan di ubah serta di hasilkan dengan idea kreatif kanak-kanak melalui pendedahan melakukan sendiri atau mencuba sendiri untuk menukar bahan yang terbuang kepada bahan yang menarik dan berguna.

   Akhir Sekali,Kami menawarkan pendidikan awal kanak-kanak yang menyeluruh berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang merangkumi matapelajaran teras  seperti Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam
      

Wednesday, 12 August 2015

Pengenalan CEC


 Cec Education centre atau dikenali sebagai  Cec Kids telah diasaskn oleh Rahmah Binti Mhd Noor  pada tahun 2009,Penubuhan syarikat ini adalah atas matlamat dan dasar sedar diri, sejajar dengan seruan kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan sektor swasta dan pendidikan prasekolah swasta yang berkualiti  serta meninggikan lagi tahap perkembangan pendidikan prasekolah dan daya saing yang sihat di kalangan pengusaha pendidikan awal kanak-kanak.


Untuk mencapai matlamat tersebut, pihak kami mempunyai tenaga kerja yang mahir dan separuh mahir serta berpengalaman di dalam mengendalikan kanak-kanak dalam apa jua lingkungan umur yang di berikan.  Kami juga sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri di dalam perlaksanaan pembelajaran di samping menjaga kualiti dan mendapatkan kursus yang sesuai dan efektif , tadika yang dibawah syarikat CEC KIDS ialah Tadika Ceria Intan Perdana , Pusat Jagaan Kanak-Kanak Ceria Intan perdana ,Tadika Ceria dedikasi.Cawangan ini telah dibuka di port dickson negeri sembilan dan Seri Kembangan kuala lumpur.

Tadika Ceria Intan perdana merupakan sebuah Prasekolah Swasta di bawah satu pengurusan syarikat yang berdaftar  iaitu CEC Education Centre atau dikenali sebagai CeC Kids,Syarikat ini di miliki sepenuhnya oleh bumiputra dan tadika ini telah menjadi tadika cemerlang di port dickson

Cec Kids berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada murid-murid.  Melalui prinsip ini, murid-murid diberi ruang dan peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masaalah, serta belajar mengikut kadar kemampuan sendiri melalui kaitan yang relevan dengan pengalaman sedia ada ,Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan yang wujud antara individu.

Akhir sekali , Anak-anak adalah amanah daripada Allah untuk kita jaga dan didik sebaik mungkin.  Mereka aset yang sangat berharga dan akan di Tanya oleh Allah kelak atas apa yang telah kita lakukan terhadap mereka