Tuesday, 24 November 2015

Perkhidmatan yang disediakan oleh Cec Education Centre

1.      SENI KREATIF
Pembelajaran Seni Kreatif ini menekankan pembelajaran dengan menghargai alam sekitar.   Pelajar di dedahkan dengan penggunaan semula bahan-bahan terbuang yang di bawa daripada rumah dan di ubah serta di hasilkan dengan idea kreatif kanak-kanak melalui pendedahan melakukan sendiri atau mencuba sendiri untuk menukar bahan yang terbuang kepada bahan yang menarik dan berguna.  Kanak-kanak akan dibekalkan dengan “BUKU MESEJ KREATIF” seminggu sebelum projek di jalankan

1.      TAEKWONDO
Pembelajaran seni Taekwondo di dedahkan dengan dilatih oleh jurulatih yang terlatih dan berpengalaman selain berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Sukan Negara dan berlesen.  Latihan ini dapat memberi keyakinan berkomunikasi dan berhadapan dengan segala risiko dengan baik

1.      MENGAJI IQRA’ , AL-QURAN DAN HAFAZAN
Pembelajaran hafazan ayat-ayat lazim dan pengenalan dalam bacaan Iqra’ dan Al-Quran di jalankan sebanyak 3 kali dalam seminggu.  Melalui jadual kelas yang telah di rancang, proses hafazan , pembelajran Iqra’ dan Al-Quran ini di lakukan selama 30 minit setiap sessi pembelajaran serta di jalankan secara individu di dalam  kelas.

2.      ASAS FARDHU AIN
Pembelajaran Asas Fardhu Ain meliputi pembelajaran sirah ,jawi, akhlak, adab dalam pergaulan dan  ibadah.  Proses pembelajaran ini di lakukan secara amali dan teori di dalam kelas.  Bahan pembelajaran seperti sejadah dan pakaian solat juga di sediakan agar murid lebih  memahami proses pembelajaran agar lebih berkesan


No comments:

Post a Comment