Tuesday, 24 November 2015

Pengenalan Tadika Ceria Intan Perdana (port dickson)


      Tadika Ceria Intan Perdana merupakan sebuah prasekolah swasta di bawah satu pengurusan syarikat yang berdaftar iaitu Cec Education Centre atau di kenali sebagai CEC KIDS,syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra,penubuhan tadika ini banyak mengambil kira daripada pengalaman dan pemerhatian yang di lakukan oleh pemilik tadika ini sendiri.  Pemerhatian yang dilihat adalah persekitaran penduduk yang lebih gemar kepada pendidikan berteraskan bahasa inggeris dan pendidikan yang berteraskan pengetahuan agama islam.  Kebanyakkan penduduk di persekitaran yang inginkan agar anak mereka belajar agama islam dan bacaan mengaji Iqra’ dan Al-Quran.

     Oleh yang demikian pemilik mula mengambil pendekatan menyeluruh untuk memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak iaitu lengkap dengan pendidikan Agama Islam iaitu Asas Fardhu Ain dan pendedahan dalam bahasa inggeris.  Selain daripada itu pengalaman pemilik tadika juga dalam menghadiri pelbagai kursus dan pembelajaran yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak juga menitik beratkan unsur-unsur kreatif  dan permainan luar yang boleh membuka minda kanak-kanak dan ibu bapa agar berminat menghantar anak mereka ke Tadika ini.

    Penerapan nilai-nilai murni dalam menghargai perpaduan kaum juga sentiasa di titik beratkan.  Kanak-kanak yang berbilang bangsa juga sesuai di tempatkan di tadika ini, melalui pendidikan moral dan ketatasusilaan.  Kanak-kanak sentiasa di ajar agar saling menghargai sesama manusia dan bergaul baik sesama rakan sebaya
  
     Pembelajaran seni Taekwondo di dedahkan dengan dilatih oleh jurulatih yang terlatih dan berpengalaman selain berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Sukan Negara dan berlesen.  Latihan ini dapat memberi keyakinan berkomunikasi dan berhadapan dengan segala risiko dengan baik

     Pembelajaran Seni Kreatif ini menekankan pembelajaran dengan menghargai alam sekitar.   Pelajar di dedahkan dengan penggunaan semula bahan-bahan terbuang yang di bawa daripada rumah dan di ubah serta di hasilkan dengan idea kreatif kanak-kanak melalui pendedahan melakukan sendiri atau mencuba sendiri untuk menukar bahan yang terbuang kepada bahan yang menarik dan berguna.

   Akhir Sekali,Kami menawarkan pendidikan awal kanak-kanak yang menyeluruh berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang merangkumi matapelajaran teras  seperti Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam
      

1 comment: